Tuesday, August 4, 2009

Pengenalan

1.Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran.Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri ( self lerning).Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

2.Pusat Akses Sekolah merupekan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknolagi maklumat.

3.Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa.Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

4.Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dam berdaya menerusi pendidikan sepanjang hayat.